Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 10, 2012

Antara Tiga Darjat

Pendapat Anda? 



Salam 1 ummah dan salam 1 muafakat. Pertama-tamanya mari bersama kita menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak berbelah bahagi ke hadrat yang hanya layak disembah, Allah SWT di atas nikmat dari-Nya yang tidak bertepian yang selalu di kurniakan pada kita. Seterusnya bersama kita mengucapkan selawat dan salam ke hadrat Rasul junjungan Muhammad SAW, kepada para sahabat, serta ahli keluarga baginda moga kita beroleh syafaat dari Baginda kelak hari akhirat kelak.

Ramadhan untuk sesi 1433H kini semakin melabuhkan tirainya dari scene dunia. Sahabat lama kita ni yang sepatutnya kita rindui sentiasa bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Jadi antisipater sekalian, agaknya macam mana dengan performance Ramadhan korang kali ni? Kalau berat badan pun kita boleh ukur turun naiknya tak kan prestasi ibadat tak nak ukur. Anyway kepada korang yang masih lagi ada terasa ada kekurangan dengan Ramadhan kali ni walaupun dah khatam Al-Quran 2 kali dalam tempoh dua bulan ni, jadi ini adalah peluang terakhir kita dalam minit-minit terakhir Ramadhan ni. Kalau Azizulhusni Awang 'pocketrocketman' kita tak mampu melangsaikan pecutan terakhir ketika di Olimpik London baru-baru ni, so  janganlah kita pun gagal untuk melunaskan pecutan terakhir Ramadhan ni dengan jayanya.

Untuk perutusan kali ni, sebenarnya em' tak berniat nak ulas soal atau isu yang berkaitan dengan bulan puasa sangat. Dan itu bukan bermaksud adanya unsur-unsur tidak menghormati bulan Ramadhan dalam penulisan em' kali ini. Adanya em' berbuat demikian adalah kerana em' yakin yang antisipater sekalian sudah ahli dan sedia maklum tentang kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan. Jadi rasanya tak ada keperluan untuk em' mengulas sesuatu yang anda semua boleh cari dalam kitab-kitab dengan mudah yang mungkin akan menambahkan lagi kekusutan di minda korang. Kalau ada pun penulisan ni sekadar bersifat ignition atau pun seumpama spark plug dalam memberi dorongan kepada korang untuk mendapatkan sesuatu.

Jadi apa lah topik yang bakal em' ketengahkan kali ni. Untuk mengelakkan mukadimah penulisan kali ni menjadi sebuah bebelan yang berpanjangan, elok la kalau em' straight to the point bak kata orang kampung em'. Sebenarnya untuk sesi kali ni, em' teringin nak berkongsi suatu cerita dengan korang semua. Cerita yang em' harap dapat memberikan kalau tak sedikit pun sebanyaklah pengertian pada korang semua. Ada pun cerita ni merupakan sebuah garapan maya dari minda em' yang plot ceritanya mungkin kadang-kadang melangkaui batasan emosi dan nurani korang, tetapi khasnya ia masih di ceritakan dalam bahasa melayu yang mudah di fahami.

Segalanya bermula di sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan yang mana ia menempatkan pelbagai pelajar berbilang kaum di dalam nya. Hadirnya pelajar-pelajar tersebut di situ adalah berbekalkan matlamat yang satu, iaitu mengenggam segulung ijazah (yang sah) lagi diiktiraf dari IPT tersebut seterusnya menjadi kebanggaan masyarakat, bangsa, jua negara serta ayam dan itik di kampung. Ingin di jadikan kisah IPT itu sendiri sudah bertapak agak lama di kawasan tersebut, dan selama tempoh pembangunannya kemampuan IPT ini untuk menghasilkan pemuda tiang negara, pemudi tiang negara tidak boleh di nafikan lagi.

Semuanya kelihatan tenang dan lancar saja di IPT tersebut, sehinggalah suatu tempoh di mana IPT tersebut bakal memulakan sesi persekolahnya yang baru setiap kali selepas tamat semester akhir. Lumrah alam, apabila ada yang hidup ada yang mati, begitu juga dengan IPT ni, apabila ada pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi maka akan adalah pelajar baru masuk dan mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan tersebut. Ini adalah pemandangan biasa atau sifir yang biasanya akan dihafal oleh mereka-mereka yang pernah bergelumang dengan alam persekolahan IPT.

Demi untuk menampung jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru tersebut, walaupun hakikatnya mereka mengisi kekosongan tempat pelajar-pelajar terdahulu yang bakal bergraduasi, namun hakikat itu tidak seindah nyata bila bercakap soal kolej kediaman. Demi menampung bukan berat badan, tetapi kehadiran pelajar-pelajar baru yang mana mereka di wajibkan  untuk tinggal di kolej kediaman pada tahun pertama bulan madu di IPT tersebut, maka pasti ada pelajar-pelajar senior yang masih lagi bermastautin di IPT tersebut dan tentunya masih lagi memerlukan khidmat kolej kediaman, bakal di singkirkan secara terhormat dari kolej kediaman tersebut dengan berlandaskan beberapa faktor. Ini juga antara sifir yang perlu dihafal oleh seorang pelajar IPT.


Di sebabkan perkara tersebut merupa fenomena biasa dalam kitaran hidup pelajar IPT, jadi ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan seandainya ia berlaku kepada pelajar-pelajar di situ. Namun di permulaan semester baru IPT tersebut, sesuatu yang aneh telah berlaku. Banyak permohonan kolej kediaman yang di isi dengan lengkap oleh pelajar-pelajar senior tersebut di tolak mentah-mentah. Malahan yang paling mengejutkan, pelajar yang rata-ratanya aktif berpesatuan dan di label sebagai orang kuat kolej kediaman juga tersingkir tanpa kata dua mahu pun tiga.

Sememangnya mengejutkan dan memilukan. Kerana tatkala melangkahnya pelajar-pelajar ini ke IPT tersebut, mereka akan di sajikan dengan kata-kata yang mempunyai mesej 'Seandai anda semua di dapati aktif dalam sebarang aktiviti kemahasiswaan dan kolej kediaman, maka ini akan meningkatkan lagi pendapatan anda untuk diterima masuk ke kolej kediaman'. Begitulah antara maksud bait kata-kata tersebut. Sebuah kata yang berbentuk janji. Sebuah janji yang perlu di tepati seandainya ada syarat yang di penuhi.

Namun kini janji hanya tinggal janji. Dan mungkin juga janji di capati. Kebanyakkan daripada pelajar-pelajar yang hanya tunduk patuh mematuhi syarat-syarat tersebut juga di buang. Bukan 1, bukan 2 tetapi ramai yang di singkirkan tanpa alasan yang kukuh. Di sebabkan perkara ini berlanjutan tanpa penjelasan lanjut dari pihak pentadbiran IPT, maka pelajar-pelajar senior ini yang merasakan hak mereka terabai dan tergadai mula memberi respons, kerana merasakan tidur mereka selama ini yang enak dan di ulit mimpi telah di kejutkan.

Maka atas inisiatif mereka secara nafsi-nafsi (sendirian) mereka pun mula mengajukan aduan dan pertanyaan dengan menggunakan laman respons secara online, atau di kenali sebagai e-respons. Biasanya setiap laman web IPT pasti ada sediakan ruangan ni. Maka beramai-ramailah mereka menulis aduan penuh emosi demi mendapatkan penjelasan terhadap apa yang berlaku terhadap mereka itu. Dengan harapan supaya pihak pentadbiran IPT tersebut dapat mendengar rintihan batin mereka melalui khidmat e-respons tersebut and mempertimbangkan sesuatu yang baik untuk mereka bertepatan dengan janji yang telah di taburi selama ini.

Namun begitulah rentetannya, harapan hanya tinggal harapan. Nampaknya pelajar-pelajar IPT tersebut memandang rendah pada pihak pentadbiran IPT itu dengan mendakwa yang suara aduan mereka akan di dengari hanya dengan menggunakan saluran e-respons tersebut. Al-maklumlah selaku pihak pentadbiran yang bertaraf antarabangsa, mana mungkin mereka mempunyai masa untuk melayan aduan-aduan tersebut. Ini adalah sesuatu yang boleh kita jangka dalam mana-mana pihak pentadbiran termasuklah pentadbiran di peringkat negara.


Menuntut suatu penjelasan yang lebih jelas, maka pelajar-pelajar senior yang kelihatan kurang berpuas hati seolah-olah kurang mendapat kasih sayang mula berasa berang seumpama di Kuala Berang. Merasakan pihak pentadbiran IPT langsung tidak memperdulikan aduan rakyat yang cuba mereka lakukan, jadi mereka cuba untuk bertindak lebih terang dan jelas, supaya mudah pihak pentadbiran IPT itu memberi perhatian pada mereka. Maka inisiatif mereka yang kali ini secara beramai-beramai, mereka mengumpulkan petisyen. Mengumpulkan tandatangan beramai-ramai dan menghantar surat bantahan kepada pihak pentadbiran IPT tersebut secara langsung berkenaan dengan perlakuan yang tidak boleh di terima akal itu. Namun perkara mengecewakan terus berlaku. Pelajar tersebut bukan saja tak di layan, malah mereka tak di benarkan memijakkan kaki ke pejabat pentadbiran IPT untuk menghantar surat tersebut.

Di sebaliknya isu yang seharusnya menyatukan pelajar-pelajar di IPT tersebut, hakikatnya mereka terbahagi kepada dua kelompok. 1 terdiri dari mereka yang lantang menyuarakan tentang perilaku yang tak munasabah dari pihak pentadbiran IPT tersebut, dan 1 lagi mereka yang seolah-olah menyokong pentadbiran IPT tersebut. Kelompok ini membantah perbuatan pelajar yang menghantar surat bantahan tersebut. Mereka menegaskan yang sepatutnya pelajar-pelajar tersebut bersyukur dan berterima kasih pada pihak pentadbiran IPT atas nikmat yang telah di kurniakan selama ini, bukan dengan cara menunjukkan bantahan dengan surat bantahan. Sungguh pun mereka yang menyokong pentadbiran IPT ni kelihatan kecil, namun di sebabkan pengaruh yang besar mereka di IPT tersebut, membolehkan mereka menyampaikan suara dengan jelas dan luas.

Tetapi hakikat sebenarnya mereka yang menjadi penyokong kepada pentadbiran IPT ni tak merasai apa yang di rasai oleh pelajar senior yang lain. Kerana mereka ini sendiri merupakan anak dan keluarga pihak pentadbiran IPT tersebut. Jadi mereka tak merasai apa yang di rasai oleh pelajar-pelajar yang di buang kolej tersebut. Jikalau mereka di buang sekali pun, mereka masih lagi tinggal di rumah pihak pentadbiran IPT itu selaku orang yang mempunyai kaitan dengan mereka. Atas dasar itu juga, mereka di jadikan golongan pelajar yang kelihatannya menyokong perbuatan yang di sifatkan zalim oleh pihak pentadbiran IPT tersebut, walhal mereka tidak merasai hakikat yang pelajar lain rasakan.

Di satu sudut yang lain juga, dalam kalangan pelajar-pelajar yang teraniaya ini juga terbahagi kepada 2 kelompok. Terdapat kelompok yang mula merasakan mereka tidak seharusnya berbuat begitu. Mereka tak seharusnya menunjukkan bantahan yang terang-terangan kepada pihak pentadbiran IPT. Hal ini kerana mereka masih lagi pelajar di IPT tersebut, dan perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang yang telah di gariskan dalam buku undang-undang IPT tanpa mengira apa pun yang berlaku.


Di sebabkan pandangan mereka tak langsung di dengar malah di perkotak-katikkan, jadi perasan pelajar yang telah di buang kolej itu sampai kemuncaknya. Akhir setelah melalui beberapa perbincangan meja bulat bersama mereka, akhirnya mereka mencapai kata putus. Keputusan yang di buat untuk memberi kesedaran pada pihak pentadbiran yang langsung tak mendengar. Mereka akan menganjurkan demonstrasi tunjuk emosi di hadapan bangunan pentadbiran IPT tersebut, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Manakan tidaknya, sudah lah mereka di biarkan merempat tanpa penempatan kolej kediaman, pembuangan mereka juga di diamkan tanpa di berikan alasan yang munasabah lagi menyedapkan hati. Begitulah kisahnya.

Dan golongan pelajar yang di gelar penyokong pihak pentadbiran IPT ni juga tidak berdiam diri. Mereka terus memberikan reaksi spontan dengan mempertahankan bermati-matian pihak pentadbiran IPT tersebut. Mereka terus-terusan menyeru kepada semua pelajar agar taat dan patuh pada pihak pentadbiran IPT. Mereka mengingatkan pelajar-pelajar siapa yang menyediakan kemudahan IPT selama ini. Mereka juga menerbitkan memori siapa yang memberikan peluang kepada pelajar semua untuk berpeluang belajar di IPT tersebut. Tambah memilukan lagi menyayat hati, mereka mebangkitkan kenangan siapa yang membantu mereka dalam melancarkan proses peminjaman PTPTN mereka. Semua kata-kata tersebut adalah untuk mengingatkan kembali pelajar-pelajar tentang jasa pihak pentadbiran IPT sebelum, dan jangan menentang mereka. Walhal, mereka yang berkata sebegini tak merasai seperti pelajar yang di zalimi itu.

Adapun pelajar golongan ketiga ini walaupun terasa diri mereka dizalimi kerana di buang begitu saja dari kolej kediaman, tetapi mempunyai alasan tersendiri tidak mahu menyertai demonstrasi tersebut. Mereka menggunakan hujah yang di petik melalui buku perlembagaan IPT, iaitu tak boleh menentang pihak pentadbiran IPT selagi ia masih menjadi pihak pentadbiran yang sah. Dalam hal ini mereka lebih suka menyatakan bantahan mereka secara lemah lembut, bersifat menasihati, iaitu dengan cara menggunakan portal e respons sebagai saluran menyatakan suara mereka. Bagi mereka begitu lah cara yang sesuai bagi menegur pentadbiran IPT, dengan cara berhikmah. Bukan dengan mengadakan pertunjukan jalanan yang pasti mencetuskan keganasan, kata mereka. Setelah apa yang berlaku kepada mereka sejak sekalian lama, dengan tiada sebarang satu pun aduan dari portal e respons yang di ambil kira, mereka tetap meneruskan cara tersebut. Bagi mereka itu lah cara yang betul menasihati pemimpin yang zalim, iaitu dengan lemah lembut dan penuh hikmah.

Hari itu tiba jua. Kemuncak bagi isu ini adalah peristiwa demonstrasi pelajar-pelajar yang di buang ini di hadapan pihak pentadbiran IPT. Pihak pentadbiran IPT, dalam kedegilan mereka merespons pertanyaan dari pelajar-pelajar tersebut mula berasa gentar. Lantas mereka mengerah semua pasukan keselamatan IPT untuk menghalang demonstrasi tersebut, termasuk memberi ugutan buang IPT. Pasukan keselamatan IPT tanpa banyak soal dan bicara, dan atas landasan SOP, menggunakan kekerasan untuk menghalang pelajar-pelajar tersebut, termasuk memukul dan mengenakan akta tanpa soal kepada sesiapa saja yang kelihatan terlibat dengan demo tersebut. Sungguhpun begitu, demo tersebut dapat berjalan dengan jayanya, dan mendapat liputan dari media-media. Dan di sebabkan peristiwa itu juga orang di luar tahu bahawa kebanyakan dari pelajar tersebut di zalimi, yang selama ini berita disorokkan dari pengetahuan umum dari pihak pentadbiran IPT.

Kesan dari demo tersebut, pihak pentadbiran IPT mula rasa tergugat dengan suara pelajar-pelajar tersebut. Mereka akhirnya akur dengan memberikan sedikit ruang untuk penempatan pelajar tersebut. Namun hakikatnya tidak semua pelajar yang di zalimi ini tadi mendapat kembali kolej kediaman. Hal ini kerana tidak semua pelajar ini menyuarakan hak mereka. Pelajar golongan ketiga yang dimaksudkan sebentar tadi berterusan menyatakan bahawa bukan ini cara yang benar untuk menegur pihak pentadbiran. Seharusnya mereka ditegur dengan lemah lembut, penuh hikmah, dan menasihati. Maka mereka berterusan menggunakan saluran e respons untk menyuarakan hak mereka. Adapun pelajar yang dilabel sebagai penyokong setia pihak pentadbiran IPT tadi berterusan menyatakan sokongan membabi-buta pada pihak pentadbiran IPT tanpa merasai hakikat kezaliman yang dilakukan.

Persoalannya di sini, siapakah pada pandangan anda, melakukan tindakan yang relevan, bertepatan dengan situasi semasa yang sedang di hadapi dalam sketsa nan indah ini? Fikir-fikirkan.





antisipasi: cerita yang ada sisi benar dan tidak benarnya

Read more ...

Saturday, July 14, 2012

Di Persimpangan Ramadhan

Pendapat Anda? 

dari Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda:
"bahawa Allah berkata, tiap-tiap amal anak Bani Adam adalah untuk mereka kecuali puasa. ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan memberi pahala"
(Sahih Bukhari-Muslim no. 706)

Salam 1 ummah salam 1 muafakat di ucapkan kepada semua antisipater masih setia menatap ruangan ini. Pertama-tama marilah kita bersama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat yang hanya layak di sembah, Allah Azza wajala atas nikmat,limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita masih bernafas di bumi ciptaan-Nya ini. Selawat dan salam kita ucapkan pada Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda moga kita beroleh syafaat dari baginda kelak pada hari yang mana anak-anak, keluarga dan harta benda tidak lagi berguna.

Apa khabar anda semua yang menatap ruangan tak seberapa ni? Di harap anda semua sifat walafiat hendaknya di samping orang tersayang. Alhamdulillah untuk kesekiaan kalinya em’ masih diberi kekuatan untuk meluncurkan jari-jari lantas menekan keyboard untuk mencatat sesuatu di ruangan maya ni. Al-maklumlah dengan kesibukan dan beberapa kekangan yang di hadapi lately, membuatkan terkadang tercungap-cungap juga lah nak mengejar masa ni. Tapi insyaAllah em’ sentiasa berusaha dan komited untuk terus berkongsi dan mencurahkan idea buat antisipater sekalian yang mungkin tiada ertinya, tapi besarlah harapan em’ kalau ia more or less dapat memberi inspirasi mau pun aspirasi bah kan revolusi pada korang semua.

Crossroad. Pernah tak korang dengar perkataan ni? Macam pernah? Macam tak? Macam-macam?..ok mungkin banyak la jawapan dari korang. Even apa pun biarlah em’ membantu korang untuk terang apa crossroad ni. Crossroad ni kalau kita ambil dari direct translate, maksudnya ‘persimpangan jalan’. Aik, apasal macam lain? Memang lain. Kalau kita betul-betul direct translate punya, maka bunyinya akan jadi seberang jalan. Baik cukup melalut. Baik crossroad ni umpamanya macam kita bertemu dengan pilihan jalan la, bila kita tengah syok travel. Maksudnya kita jumpa simpang masuk atau keluar untuk kita teruskan perjalanan kita tu. Kalau di analogi dengan kehidupan, crossroad ni adalah tempoh atau waktu yang mana bila akan di hadapkan dengan pilihan dalam hidup kita, dan memerlukan kita untuk buat pilihan. Macam ada lagu tu lah, suratan atau kebetulan...

Jadi apa kaitan nya dengan tajuk kita kali ni? Macam tak ada kaitan? Ok sekarang em’ nak mengajak antisipater sekalian agar merenung masa. Kan sekarang ni kita dalam kalendar hijrah bulan syabaan. Makanya bila dah bulan syabaan tu mestilah selepasnya bulan Ramadhan ye tak. Ya bulan puasa. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan hayat kita untuk hampir ke bulan Ramadhan. Tapi itu pun belum confirm lagi. Masih lagi berbaki beberapa hari untuk kita betul-betul menapak dalam bulan puasa ni. Jadi di sarankan untuk korang banyak-banyak berdoa supaya memanjangkan hayat kita untuk sampai ke bulan ramadhan pada tahun ni.


Itulah yang em’ maksudkan dengan crossroad tu tadi. Di mana Allah SWT masih lagi memberikan kita peluang dan ruang untuk merasai ambang ramadhan. Dan tentunya memberikan kita peluang untuk bersedia menghadapi ramadhan yang mendatang. Adakah korang sedar perkara ni? Ok kalau tak sedar pun kena buat-buat sedar sebab ni memang keperluan dan kewajipan kita. Dan di sini lah crossroad tu bermula. Korang mempunyai dua pilihan sekarang di ambang ramadhan ni. Pilihan nya adalah mudahnya, sama ada korang bakal memanfaatkan peluang bulan penuh rahmat yang akan datang ni atau membiarkan ia berlalu begitu saja. Konklusinya, apa yang em’ dok mengarut dan merepek ni adalah tentang persediaan kita sebenarnya.



Baik untuk menjelaskan lagi tentang apa em’ cakap ni, em’ akan cerita lagi. Tak apa sebab blog ni memang penuh dengan penjelasan. Lain orang lain pemahaman dan penerimaan mereka. Begitu juga tentang definisi kita tentang puasa ni. Kalau bagi sahabat-sahabat kita yang non-muslim, umumnya menganggap puasa tu adalah proses menahan lapar dan dahaga sepanjang hari time bulan puasa. Dan majoritinya umat Islam pun umumnya faham macam tu lah. Puasa je mesti lah tak makan dan tak minum. Baik sekarang ni em’ teringin lah nak berkongsi dengan antisipater sekalian bahawasanya golongan puasa ni kita boleh bahagikan pada dua golongan. Apakah golongan-golongan tersebut?

Golongan pertama,
Puasa Orang Awam
Mereka yang tergolong dalam kelompok ni biasanya puasa macam biasalah, dengan mematuhi segala syarat sah puasa iaitu menahan makan, minum, dan nafsu mereka hanya kerana Allah dan lagi pula mengharapkan gantian atau balasan dari Allah di syurga kelak. Dan mereka ini sememangnya telah di janjikan oleh Allah akan mendapat imbalan semula terhadap apa yang telah mereka lakukan. 

"sesungguhnya kamu tidak meninggalkan sesuatu lantaran takutkan Allah melainkan Allah mengurniakan kepada kamu kebaikan daripadanya"

Dan apa yang lebih penting mereka bukan saja mendapat kegembiraan di dunia tapi juga di akhirat juga.


" Orang yg berpuasa memiliki dua kebahgiaan: ketika berbuka, ia bahgia dengan berbukanya itu dan ketika bertemu Allah, ia berbahgia dgn puasanya itu."
(HR Bukhari-Muslim no. 707)

Atas dari amal mereka yang di lakukan kerana Allah itu maka mereka beroleh balasan yang setimpal dari Allah SWT, iaitu nikmat syurga yang tak tergambar oleh akal dan fikiran manusia normal.


Golongan kedua,
Puasa Orang Ahli

Berpuasanya golongan yang kedua ni adalah semata-mata kerana Allah juga tanpa ada lain-lain sebab. Dalam puasanya tu golongan ni cukup menjaga puasanya sehingga tak nak ada sebarang perkara lain yang terlintas dalam fikiran nya tu ketika puasa kecuali Allah SWT. Mereka juga cukup menjaga setiap perkataan, tingkah laku, dan perbuatan mereka agar tak tergelincir dari apa yang di syariatkan oleh Allah. Mereka bersungguh-sungguh menjauhi perkara-perkara duniawi dan hanya menumpukan usaha untuk bertaqqarub mendekatkan diri pada Allah. Mereka tak mengharapkan sebarang balasan lain untuk perbuatan mereka tersebut melainkan kegembiraan berjumpa dengan Allah di akhirat kelak. Hari raya bagi mereka adalah sebagai hari kemenangan mereka di dunia setelah usaha mereka sepanjang tempoh ramadhan. Dan mereka mengganggap hari perayaan mereka yang sebenar adalah ketika mereka bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak.

A005
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.




Jadi begitulah rakan-rakan antisipater, ciri-ciri golongan orang berpuasa yang boleh kita klasifikasi kepada dua golongan di sini. Keduanya mengaplikasikan konsep yang sama iaitu berpuasa di bulan ramadhan tapi dalam bentuk atau gaya yang berbeza. Maka bagi kita, ini adalah crossroad atau persimpangan jalan yang perlu kita jadi panduan sebagai pilihan kita menjelang ramadhan ni. Sebagai musafir yang mengembara di bumi Allah SWT, ni merupakan antara pilihan yang perlu kita hadapi untuk melunaskan atau meneruskan perjalanan kita dengan jayanya.

Kenapa perlu kita buat pilihan dalam crossroad ramadhan kali ni? Sebab banyak orang puasa, tapi dari puasa mereka tu apa hanya mereka dapat hanya lapar dan dahaga saja. Kita sebolehnya tak nak jadi macam tu. Sebab kita sebagai umat Islam di galakkan untuk melakukan sesuatu dengan baik lagi terbaik. Even kita kalau nak buat presentation pada lecturer or pada bos, kita mesti nak lakukan dengan terbaik boboboi. Kalau tak mana nak letak muka nanti. Atau at least nak dapat peluang naik pangkat, or naik gaji. Kalau dengan makhluk pun punya lah beria kita nak buat bersungguh-sungguh, ni kan pula dengan bos segala bos, Allah SWT. Kita mesti sentiasa sematkan dalam hati dan berazam untuk sentiasa bersungguh dalam nak mempersembahkan sesuatu tu pada Allah.

Jadi rasanya korang boleh nampak sikit-sikit kot apa yang em’ cuba sampaikan ni. Jadi untuk bulan ramadhan pada tahun ni, cuba jadi kan ni sebagai crossroad kita. Yang mana perlu kita pilih bagaimana tahap performance kita pada bulan puasa. Adakah biasa-biasa, luar biasa, atau terlebih biasa? Tepuk dada tanya iman. Apa yang pasti bulan puasa ni bukanlah sesuatu yang sentiasa hadir dalam hidup kita. Even kalau dalam kalendar tu memang sentiasa ada bulan puasa, tapi sebagai umat Islam percaya yang hayat dan taqdir kita ni di tangan Allah. Apabila kematian tu di tentukan pada kita, maka ia tak kan dipercepatkan atau diperlambat walau sesaat. Yang menjadi persoalannya adakah kita mengambil peluang untuk bersedia bila saat tu hampir pada kita. Ya dan pastinya ketika bulan puasa tu lah tempoh atau jangka waktu yang paling optimum untuk menambahkan bekal persediaan kita tersebut...









antisipater: NOW or NEVER



Read more ...

Monday, June 18, 2012

Aku,Hidup dan Peperiksaan..

Pendapat Anda? 
Philosoraptor - KENAPA KITA PERLU AMBIL EXAM?
Philosopraptor yang berfalsafah

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabuut: 2-3)


Salam 1 Ummah, salam 1 muafakat di ucapkan kepada semua pembaca. pertama-tamanya marilah bersama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas nikmat dan limpah kurnianya yang masih lagi membenarkan kita hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga kita ucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda moga kita di antaranya umatnya yang bakal menerima syafaat dari baginda kelak InsyaAllah.

selamat bertemu kembali buat pembaca sekalian, apa khabar? moga sentiasa sihat hendaknya di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. agak lama juga blog ni tak diserikan oleh em' sendiri, dan em' nak mintak maaflah atas keadaan tersebut. Antara sebabnya em' jarang menumpahkan dakwat tulisan di ruangan ni adalah kerana memikirkan apakah antara idea-idea terbaik yang perlu em' garapkan dalam tulisan ni. Al-maklumlah, niat em' nak berkongsi ilmu dengan antisipater semua jadi perlu suatu pemikiran yang mantap untuk dikongsikan. tapi alih-alih idea tu tetap tak dapat direalisasikan dan sekadar membeku di fikiran saja. namun kini Alhamdulillah berbekalkan dengan sikit kekuatan yang Allah beri, maka em' gerak kan hati untuk mendorong berkongsi sedikit pendapat maupun tanggapan untuk tatapan antisipater sekalian.

baik, em' percaya dan yakin yang kebanyakan pembaca di luar sana (termasuklah penulis sendiri), merupakan antara pelajar/students yang still menuntut di mana-mana IPT mahupun IPTS. jadi em' rasa kita merasai suatu fenomena dan keadaan yang sama iaitu musim peperiksaan. bila dalam tempoh exam ni maka kita boleh lihat bermacam ragam dan kerenah yang di tampil oleh rakan-rakan kita semata-mata untuk melalui tempoh waktu yang mencabar ini. paling 'kick' bila mana kita kurang persiapan bila tiba waktu exam ni. waktulah kita lihat ada yang tunggang terbalik menelaah buku, makan minum pun tak terurus akibat masa yang tak cukup katanya dan sebagainya. dan ragam ni hanya kita boleh lihat hanya pada waktu exam.

serabut ketika exam
makanya ketika dalam tension dan penuh dengan onak duri tu, mulalah terbit kata-kata di hati kita, 'kenapa perlu ambil exam?', 'exam ni menyusahkan!' dan sebagainya. tapi yang pastinya keluhan dan luahan tu semua adalah sebagai tanda protes kita kenapa exam ni di buat. korang jangan tipu mesti korang ada rasa macam ni jugak kan. tapi kalau kita fikir-fikir kan balik kenapa perlu ada exam, exam ni kan sebagai medan ujian kita untuk menilai kita sejauh mana penguasaan kita dalam pelajaran. exam ni jugak berperanan sebagai kayu ukur yang memaksa kita untuk push diri kita ke tahap yang tertinggi untuk tengok tahap kemampuan diri kita dalam sesuatu pelajaran tu. puncanya satu je, ramai dari kita yang tak ikhlas tentang belajar. cuba bayangkan setiap institusi pengajian yang ada kat dunia ni tak mengamalkan ada konsep ujian dan sebagainya. rasanya tak ramai orang mampu mengamalkan ilmu yang dipelajarinya hari ni.

sebenarnya cerita-cerita di atas di sebagai analogi je. begitu juga dalam kehidupan kita sebagai seorang Musliam yang merupakan hamba kepada Al-Khalik. sebagai seorang muslim, telah Allah ingatkan dalam Quran bahawa kita tak boleh kita ni beriman sebelum kita di uji. Al-Maklumlah, sebagai insan yang mudah lupa, bila diri kita dah melakukan amal sikit, mula lah rasa dah cukup beriman. semua kena ingat bahwa, iman kita ni mampu berkurang dan mampu menaiknya. macam mana nak nilai tahap keimanan kita ni, kita lihat melalui bagaimana Allah menguji kita. macam dalam study, kadang-kadang kita mula baca dan faham sikit, mulalah kita mendabik dada, cakap kita dah cukup maklum tentang subjek itu dan ini. padahal hakikatnya belum terbukti selagi kita belum mengambil ujian atau exam.


Lapar ketika study?



Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (Al-Ankabuut:10) 


tapi yelah, oleh kerana namanya pun ujian, maka apa yang dilalui tu pun bukan lah short and sweet. tengok je lah pada kawan-kawan dan mungkin juga diri korang sendiri bagaimana nak deal dengan tempoh exam yang melanda ni. begitu juga ujian Allah yang melanda pada diri kita. lagi kita serius nak berkecimpung dalam jalan Allah, lagi banyak ujian yang melanda. dan siri-siri ujian tu lah yang bakal menentukan kita mampu survive dalam jalan Allah ni atau tidak. seperti juga dalam game bola sepak euro 2012, ada group stage, ada peringkat kalah mati dan sebagainya sampai lah ke final. di final tu baru ditentukan siapa pemenang sebenar. jadi jangan mudah mengalah bila di uji dalam perjuangan jalan Allah ni. bila mana korang semua telah menyatakan 'bai'at' atau keinginan untuk berjuang di jalan Allah maka nya korang tak boleh bayangkan sesuatu yang indah seperti mana cerita-cerita fairy tales..


jadinya sahabat-sahabat antisipater sekalian, mesej dari Allah itu jelas kenapa kita ni selalu di beri ujian. ujian tu adalah sebagai landasan untuk memperbaiki diri kita dan orang sekeliling kita. ujian tu juga sebagai tempoh untuk kita check dan balance sejauh mana pencapaian kita terhadap sesuatu perkara..kalau-kalau anda semua merasa penat dengan ujian Allah ni maka ingatlah kata-kata ni

"tempoh masa pejuang Allah tu berehat adalah waktu di syurga nanti.."










antisipater: indahnya jika dapat bersama di akhirat sana





Read more ...

Tuesday, June 12, 2012

Jalan ini

Pendapat Anda? 



Assalamualaikum w.b.t.sebelum bermula, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :)

***********

“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

“Aku insan biasa”

Sebenarnya aku tak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasai ini. Untuk yang menjadi yang ini. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini. Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku. Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku disepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku. Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu. 



“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (3:133)

Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada-Nya yang Satu. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut aku untuk menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit, bangkit sebagai seorang aku yang baru. 



“pertolongan-Nya tidak pernah terhenti”

Aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Aku rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan menyorok daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku. Namun, pertolongan dari Allah tak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh jua beberapa kali, tapi kali ini aku lebih berusaha untuk cepat bangkit. Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.”(3:139)



“di jalan ini”


Namun, disebalik rasa pedih ini tidak dapat aku nafi. Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dari jalan ini aku memperoleh kematangan. Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan mula untuk melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu berlari di jalan ini. Selepas ini, aku akan melangkah ke sesuatu yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, sangat bersedia. Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Paling utama, pengharapanku ialah agar aku, dia dan semua menembus hingga ke syurga sana. inshaAllah :)


:)


Read more ...

Friday, March 9, 2012

Duhai Insan, Demi Masa..

Pendapat Anda? 

Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitung dirinya dan dan suka beramal untuk bekalan sesudah mati dan orang yang jahil ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah (Riwayat Al Tarmizi)

Salam 1 ummah, Salam 1 muafakat em' ucapkan kepada anda antisipater sekalian. pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah bersama kita mengucapkan dan menghamparkan segala rasa syukur kita kepada hanya yang Satu, Allah SWT. seterusnya, bersamalah kita mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, serta ahli keluarga baginda moga kita beroleh syafaatnya kelak pada hari di mana harta, anak-anak, dan keluarga tidak berguna lagi.

Alhamdulillah sekali lagi em nak ucapkan kerana semenjak ke 2 menjak ni, Allah SWT sentiasa memberikan em' kekuatan dan dorongan untuk sentiasa berkongsi sesuatu yang em' harap kalau tak sedikit pun sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang semua. dan apa yang paling penting, sentiasa em' usahakan dan harapkan agar setiap dari apa yang em' tulis ni merupakan sesuatu yang bersifat ikhlas dan selari dengan niat em' untuk meneruskan penulisan em' di sini. mengharapkan keredhaan Allah SWT.

baiklah, cukup dengan ayat berbunga-bunga. untuk perutusan kali ni, em' teringin nak berkongsi sesuatu dengan korang. tapi yang penting bukan kongsi gelap la. selama ni mungkin korang sentiasa disajikan dengan pelbagai tulisan yang sarat tentang idea atau pun pandangan yang ntah apa-apa ntah, maka kali ni em' nak berikan something yang lebih ringan dan santai sikit. kalau orang maths (mathematics) mesti suka tengok benda ni.yang penting bukan em' la.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.


sebagai seorang insan yang mempunyai kapasiti otak yang tidak menyamai otak ikan paus, maka jadi lumrah kita manusia ni sentiasa perlu ingatkan. maka telah kita lihat, pelbagai peringatan yang telah Allah SWT berikan, tunjukkan, ajarkan pada kita. ada yang bentuk lembut, ada yang bentuk keras. tapi selemah-lemah manusia ni pun, kita lah antara makhluk yang sangat aktif dan tegar dalam membangkang sesuatu suruhan Allah. kalau nak membangkang pemimpin yang zalim tak berani pulak. maka di sini em'ingin mengajak korang semua agar melapangkan hati dan melonggarkan fikiran untuk meneliti slot muhasabah diri em' yang seterusnya ni. dengan itu insyaAllah, mudahlah hati korang disentuh, dan mudahlah korang untuk menerima ibrahnya.

Renungan Masa Kita Di dunia Ini

1 hari = 24 jam. Maka SATU TAHUN = 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit =3156000 saat/ detik

Anggaran normal manusia jangka hayat manusia (kurang dari 60 tahun atau lebih dari 70 atau 60 tahun hingga 70 tahun atau 65 tahun)

Majoriti manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun hingga 70 tahun, purata manusia meninggal lebih kurang 65 tahun

Kita bercerita pula tentang baligh: bermula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia. lelaki baligh lebih kurang umur 15 tahun, perempuan umur 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah, puratanya: Mati - Baligh = Baki Usia:~ 65-15 = 50 tahun (50 yang digunakan untuk apa?) Catatan: 50 tahun=18250 hari=458000 jam=12 jam siang hari, 12 jam malam hari

waktu kita tidur, lebih kurang 8 jam sehari

dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan ; di bundarkan menjadi 17 tahun

..Alangkah sayangnya waktu 17 tahun dihabiskan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya..

waktu aktiviti kita di siang hari lebih kurang 12 jam

dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun

aktiviti waktu siang: ada yang bekerja, ada yang bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah, ada yang makan dan banyak lagi.

waktu rehat, lebih kurang 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun
rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai mimpi di siang hari...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Bila nak beribadah bang?

lalu bila nak beribadah? (secara khusus)


padahal Allah telah berfirman.."tidak kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.."

Memang benar..menuntut ilmu dan sebagainya adalah ibadah, tetapi kebanyakkan dari kita hanya belajar agar mudah mencari perkerjaan..sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tak kan belajar..ada pula yang kata bekerja mencari nafkah itu ibadah, tetapi bekerja yang bagaimana? ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewah dan amat kurang sedekahnya..

oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..?

kita mungkin berfikir, solat fardhu tu besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat adalah jalan untuk membuka pintu syurga..tetapi benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

berapa solat kita dalam 50 tahun? 1 solat = lebih kurang 10 minit......5 x solat = lebih kurang 1 jam

dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan
jadi dalam masa lebih kurang 50 tahun kita hidup tu, secara averagenya kita hanya memperuntukkan waktu solat dalam hidup kita hanya 2 tahun saja. maka itulah tempoh dan jumlah ibadah fardhu kita. dan..belum tentu pulak solat kita dalam masa dua tahun tu semuanya perfect, semua diangkat ke langit dan diterima oleh Allah SWT tanpa sebarang hijab. dan kalaulah pulak solat kita dua tahun tu tak mampu nak dibandingkan dengan masa yang kita digunakan untuk bercakap benda yang bohong, dosa yang bertambah-tambah tanpa kita sedar, mengumpat, mendedah aurat dan sebagainya...

maka benarlah seperti apa yang ditakuti oleh Rasul junjungan kita bahawa umat akhir zaman ni pasti ramai yang berhamburan di neraka kelak..terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama kita hidup di dunia..bersamalah kita kembali menilai diri kita untuk menyedari perkara ini..









antisipater: tiada yang terlambat selagi kita belum benar-benar terlambat



Read more ...