Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 5, 2011

wanita...jangan bersedih !

Pendapat Anda? 




Assalamualaikum to all readers...

sebelum bermula...marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Ini adalah entri pertama nur…untuk pengetahuan semua..nur bukanlah seorang ustazah atau arif dalam bab-bab agama. nur masih belajar. semua yang nur tulis, adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman nur. Jika ada yang tersilap, bolehlah menegur dan merujuk kepada mereka yang lebih arif. 

************
Nur seorang perempuan,nur faham dilema seorang perempuan..masalah yang sering dihadapi perempuan, perasaan perempuan dan semua lah. senang cakap kami semua perempuan mesti akan ada satu perasaan yang sama? tak percaya ? tapi itulah sebenarnya hakikat seorang perempuan ni...apa yang seorang perempuan ni nak? semua benda tak kena...asyik nak emo je kan..sebenarnya, ada satu je yang seorang perempuan ni selalu harapkan iaitu perhatian, perhatian dan perhatian.ha ! yang ni kena percaya. kalau tak percaya rugi.heheh..

Nur suka usha sekeliling nur..bukan usha tak bertempat ye. maksudnye memerhati orang disekekliling nur...nur faham..sahabat-sahabat yang sebaya dengan nur selalu ada masalah ni. biaselah..orang muda..tengah hangat-hangat lagi jiwa masing-masing...masalah CINTA yang tak sudah...yang berpacaran..terus asyik berpacaran..yang single..mula rasa tak senang duduk dan rasa ingin berpacaran..yang putus cinta ???


ihsan google
                                                               
Nur sebenarnya sedih kalau tengok sahabat-sahabat nur sedih..apalagi kalau masalah cinta ni. kita selalu nampak from the bad side je kan..bila kita putus cinta, kita rasa sedih, merajuk dengan Allah, memudaratkan diri kita sendiri and macam-macam lagi lah..tapi, pernah tak kita terfikir from the bright side pulak..kenapa Allah putuskan aku dan dia..kenapa si dia tiba-tiba berubah hati. kenapa aku tidak dipertemukan lagi dengan jodohku.kenapa, kenapa dan kenapa? pernah tak kita terfikir yang sebenarnya Allah tu saaayang sangat dekat kita. sebab tu Allah putuskan kita dengan si dia...kalau kita terus bersama si dia agaknya ingat tak kita pada Allah..agaknya berapa banyak lagi dosa yang nak kita tambah bersama si dia..

Kita sebenarnya kena bersyukur sangat-sangat walaupun kita dah berbuat banyak dosa terhadap Allah..tetapi Allah pilih kita untuk dapat petunjuk dan hidayah dari-Nya. ya Allah...bertuahnya kita berbanding orang-orang disekeliling kita yang masih hanyut dibuai cinta yang tidak halal. bukan maksudnya orang-orang disekeliling kita itu tidak baik tetapi hati dia masih keras untuk menilai yang halal dan yang haram. masih leka dibuai angan-angan yang ditunjangi oleh syaitonirojim. ya Allah, sekali lagi nur ingin tegaskan..beruntungnya kita..jika timbul dihati kita rasa kekesalan, cepat-cepatlah bertaubat. jangan tangguh! kerana takut hati kita yang goyah ini akan diganggu dengan rencana-rencana oleh syaitonirojim. taubatlah dengan sesungguhnya. berbaliklah kepada pencinta kita yang paling setia. yang sentiasa menunggu kehadiran kita tidak kira siang dan malam iaitu Allah S.W.T. dalam Al-Quran sendiri ada menyebut :

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Maksudnya di sini, jika kita ingin bertaubat..bertaubatlah dengan sesungguhnya. segeralah meninggalkan segala perbuatan maksiat yang pernah kita lakukan dulu, menyesallah dengan sepenuh hati dosa-dosa yang telah kita lakukan dan dan berazam tidak akan lagi mengulangi perbuatan tersebut. ingatlah wahai kaum Hawa, agama Islam tidak pernah memandang manusia sebagai malaikat yang tidak pernah melakukan kekhilafan dan dosa. Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat(dari kesalahan tersebut)”

Istiqamah dalam apa yang kita cari dan perjuangkan iaitu agama kita Islam. mungkin satu perubahan kecil yang kita lakukan pada diri kita ini akan membawa satu perubahan yang besar dalam perjuangan mengakkan agama tercinta kelak.insyaAllah.. lagi satu, bagi kaum Hawa yang masih lagi sedih-sedih jangan layan lagu-lagu jiwang yang boleh memudaratkan hati dan menggoyahkan iman tau.

sudah! sudah!..kan dah kate jangan layan..hehe


lebih baik kita layan yang ni. lagi bagussss...cuba hayati betul-betul. mesti bergetar rasa hati ni kan?


Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)


Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)


Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 


Jadi..wahai kaum Hawa..marilah kita jadi kaum yang kuat..jangan emo emo lagi. kita pun sebenarnya banyak boleh menyumbang kepada agama kita seperti wanita-wanita terbilang di zaman Rasulullah dahulu. berhenti cemburu dengan orang-orang disekeliling kita. mungkin orang-orang disekeliling kita sedar mereka telah melakukan kesalahan tapi diorang assume yang diorang akan kahwin jugak satu hari nanti..so, takpelah..satu hari nanti diorang akan halal jugak. tapi tapi tapi...tahukah kita bila maut akan menjemput kita?entah esok atau lusa hanya Allah sahaja yang tahu. dan sedarlah kita bahawa jika sesuatu itu tidak bermula dengan baik, jadi sampai bila bila pun even sampai kahwin pun...ia tidak akan menjadi lancar dan baik...adakah Allah akan merahmati hubungan seperti ini?

Seorang sahabat pernah memberitahu nur, satu hari nanti, setelah jatuh hukum halal antara kita...maka jatuhlah juga segala larangan dan tegahan dalam perhubungan lelaki dan perempuan. waktu itu..bergembiralah wahai hati. sebab memang akan ada orang yang akan betol-betol perihatin, perihatin, dan perihatin sangat-sangat dengan kita  insyaAllah...

baitul muslim that we adored :) ihsan google

p/s : jom kita cintai keluarga dan sahabat-sahabat kita ! :)